Sunday, January 13, 2013

24?

ok lama tak update blog. mungkin sebab aku terlalu busy sehingga tak sempat nak berpuitis didalam ni. sempena tahun baru ni. alhamdullilah aku masih diberikan nyawa untuk hidup dan umur aku semakin naik. masuk tahun baru ni, aku berusia 24 tahun. ohh goshhh!! aku tak percaya kejap je masa berlalu rasa macam baru kejap je aku umur 18. KONONNYA SWEET 18TEEN. *perasaan

bile dah masuk umur 24tahun ni, banyak lah kad jemputan, banyak lah undangan orang bertunang. ok dari situ aku mule tersedar aku dah masuk umur yang boleh dikatakan "masa berkahwin" tapi dan tapi aku masih tak percaya aku 24 tahun. mula lah orang sekeliling akan tanya "kau bila lagi?". dari situ soalan yang aku rasa tak beberapa nak menarik perhatian aku. aku tahu kenapa? mungkin aku gembira dengan cara hidup aku. dan mungkin aku terlalu dimanjakan. MUNGKIN. 

ramai dah orang yang baya-baya aku yg dah kawen lah tunang lah. ok tak tipu ade sikit lah perasaan cemburu. tapi aku tade lagi lah perasaan nak sampai ke situ lagi. aku tak bersedia untuk pikul tanggungjawab tu lagi. mungkin seruan aku belum lagi. MUNGKIN.