Friday, October 25, 2013

just saying



saya percaya jodoh itu mesteri,
letaknya ditangan Allah,
bukan manusia.
jgn biarkan manusia lain menetapkan definisi jodoh utk kita,
jodoh itu bukan mesti jatuh cinta dengan lelaki yg berkopiah
atau lelaki yg tidak pernah membuat salah,
kerana jodoh itu bubuhnya di tangan maha pencipta
jd ia boleh datang dengan macam-macam rupa
kalo kita hendak tahu apa akhir cerita cinta kita
kite kene berbalik pada tempat asal cinta itu
tempatnya ade satu iaitu
cintakan ALLAH.




Monday, October 21, 2013

Soal jodoh

"jodoh?"
"bile nak kawen?"
"org ni ni dah kawen..akak bile lagi?"
"mak umur 23 tahun dah kawen..akak?"

itu antara soalan-soalan yg sering ditanya
sampai kadang-kadang aku tak tahu nak kata apa.
sampai satu tahap aku hanya mampu cakap
"sabar yer nanti ade lah tunggu je ye..doakan"

dalam usia aku 24 tahun
aku rasa itu antara usia orang sebaya aku ramai yg dah kawen dan bertunang
dan dalam usia ni banyak lah soalan yg aku rasa tak mampu nak menjawab
kadang-kadang sampai hati aku rasa sedih. dan aku tanya kenapa dgn diriku?

aku bukan menolak jodoh
apatah lagi memilih jodoh
aku tak takut dalam menjalinkan hubungan dgn memana lelaki
kadang-kadang aku rasa apa yg terjadi ade hikmah nya
mungkin setiap perhubungan yang tidak berjaya
mungkin itu mengajar aku tentang org sekeliling aku
dan mematangkan aku dalam perjalanan hidup aku

aku tak tahu mcm mana perjalanan hidup aku
hanya ALLAH sahaja yang tahu mcm mana perjalanan hidup aku
sekarang aku gembira walaupon aku tak tahu siapa jodoh aku
aku mempunyai kawan-kawan yang sentiasa ada tika susah dan senang

kesimpulannya dalam kehidupan ini kite perlu menikmati sepenuhnya
kegembiraan terletak pada diri kita
kalo kite memlilih jalan kegembiraan
tidak perlu tergesa-gesa mencari jodoh
biar jodoh tu datang dengan sendiri nya
dan cinta tidak boleh dipaksa
setiap org mempunya jalan cerita cinta mereka sendiri.


Saturday, October 12, 2013

luahan hati

kadang-kadang aku rasa nak pergi tempat yg jauh dari semua orang
aku nak menyepi
biarkan aku sorang-sorang
aku dah penat nak jaga hati orang.

aku seorang yang pemendam
aku akan pendam sampai satu tahap aku meletop
tp org yg pemendam ni bahaya
kerana marah dia amat mebahayakan
itu aku tak tipu.

hidup aku ni sebenarnya banyak kesedihan
diluar sahaja aku gembira suka gelak dan tawa
aku tak suka berkongsi cerita pasal diri aku
cukup aku sahaja yg tahu

apa yang pernah trjadi dekat aku
aku menganggap sbg pengajaran
aku tidak meletakkan 100% kepercayaan dengan org sekeliling aku