Monday, December 8, 2014

dilemma

Aku sekarang dalam dilemma. aku tak tahu apa yang terbaik dengan aku. biasala budak baru nak belajar hidup. aku nyaris nak giveup. kadang-kadang aku rasa hidup ni sukar sgt banyak sangat liku-liku. Bagi aku berat giler cabaran nak belajar hidup ni. kene banyak sabar dan tenang dalam semua urusan. Aku ngaku, aku hampir tewas. kadang-kadang aku sedih. nak nages pon ade, tak tahu nak ugkapkan mcm mana.


Aku nak bertanya kan pendapat tapi pendapat yg aku terima kadang-kadang terasa berat hati. adakah itu perkara biasa atau normal? banyak persoalan bermain diminda. banyak sgt. macam-macam pendapat org bagi tapi belum ade satu lagi melekat di hati. kalo lah ade seseorang bg ceramah atau basuh otak aku ni kan bagus. bukak sikit minda. tak lah bercerlaru. erghhhhhh... nak cerita dekat sini tak best jugak. banyak stalker. stalker dlm diam. hahaha gotcha!


wey,, doakan aku, semoga tahun hadapan tahun bertuah aku. amin. ini lah proses orang nak belajar erti hidup. Allah bagi kita rezeki dengan mcm-mcm bentuk.

Thursday, December 4, 2014

setiap perkara perlu ada pengorbanan

holaaaa!
someone teach me, jika kita inginkan sesuatu kita perlu ada pengorbanan but i will make sure its gonna be worth it. betul lah kata org jika kita ingin berjaya kita perlu berkorban. tade semua bende senang. cuma perlu tempuh dengan pelbagai liku-liku. aku pon mcm tu jugak. ade setengah org suka play safe. tapi aku tak suka play safe sebab sampai bila kita akan bertakuk dibawah itu je. Aku bukan jenis yg suka bertakuk bawah mcm tu je atau suka main play safe. tu bukan aku. Setiap bende perlu ade risiko. cuma berani atau tidak je. percaya lah setiap risiko yang kita ambil kita akan belajar sesuatu. Biasalah mesti ade jatuh dan bangun.


jatuh dan bangun tu lah yg buat kite kuat. dari situ lah kita belajar pengalaman.bagi aku pengalaman tu mahal. mahal sangat tak boleh dibeli. Aku seorang yg fresh grad. tapi aku rasa kagum dengan pencapaian aku sekarang walaupon gaji aku tak seberapa tapi aku mampu capai target aku. walaupon aku terpaksa korbankan masa aku.aku korbankan masa lepak, masa tidur, masa gosip dan macam-macam lah sampai aku rasa anti sosial sgt. tp alhamdulillah aku mampu capai target. betul lah kata nabi, jika kita nak kaya, kita kene berbisness.


bisnes aku ni kecil-kecillan jer. alhamdulilah lah setiap minggu ade income dan kadang-kadang aku rasa aku tak perlukan gaji kerja aku. HAHA. kadang-kdang aku ada sampai rasa nak benti keje hokayyy..cuma aku tade pengalaman lagi thats why aku keje. Aku berkorban cari tempat kerja yang dekat dengan LRT. sebab aku rasa jimat, memudahkan aku tak perlu mengadap jem hari-hari. stress pon tak. sebab aku ada matlamat aku. Penat memang penat. PENAT TERAMAT. kalo aku penat sgt, aku nages hahaha. tu je lah modal aku. lepastu aku rasa lega.


orang akan pertikaikan aku sebab aku perempuan. antara soalan nya "kenapa kau perlu kerja sampai mcm ni sampai tade masa utk diri sendiri? ni semua keje laki, tanggung jawab laki yg kene sediakan tu ini". bagi aku, aku seorang yg berdikari. aku tak peduli apa org kata yg penting aku buat aku seronok. passion tu penting so bile setiap perkara yg kita buat. kite tak akan rasa penat atau giveup. Aku akan berenti buat bende-bende mcm ni bila aku dah berkahwin nanti. Masa muda lah nak cari duit. umpama mcm ko nak kawen tapi perlukan duit.


Buat masa sekarang belum ade koitment dengan mana-mana pihak. so aku bebas lakukan apa saja. once aku dah ade commitment aku akan slow down. Oh ya, setiap kegagalan dalam perhubungan, aku tak pernah salah kan orang. Macam mana sesorang menyalahkan aku. Aku jenis terima je apa org kata dan aku tak akan bersuara. sebab aku mengaku aku pun banyak jugak kesalahan. manusia kan. tade sapa sempurna. cuma bg aku org yang menyalahkan seseorang dalam perhubungan itu adalah orang yang tak matang. yang tak berani mengaku atau terima kesalahan sendiri. dan dari situ kita belajar lah. memang lah pahit bila orang nampak kesalahan kita tapi tak nampak pengorbanan kita. its okay, yg penting kita tahu apa kita buat. walaupon pahit bila org ckp mcm-mcm.


bagi aku semua ni mematang kan aku dan mengajar aku tentang org disekeliling aku walaupon ditelan pahit. its okay cuma aku tak suka org mempermainkan perasaan atau menghancurkan kebahagiaan orang laen atau tidak mempercayai antara satu sama laen. bagi aku kalo tade tolak ansur atau pengorbanan sesuatu perhubungan tak akan berjalan dengan lancar. nah dengar lah lagu frustrated aku, aku suka lagu ni.. bagi penutup hasil penulisan malam ni..



yuna - broke her


selene gomez- the heart wants what it wants



Monday, December 1, 2014

mimpi edwad cullen weyyyyy. hiks

tahu tak td malam aku mimpi sape? aku mimpi EDWARD CULLEN hahahaha. kelakar weyy. mungkin sebelum aku tidur aku terfikir bile filem dia nak kuar. boleh terbawak masuk dalam mimpi. siap berperang lagi. macam biasa dah biler edward dalam mimpi aku dia lah boifrend aku hahaha.

lepastu dia boleh tahu pulak ak takut lipas. ade lipas masuk dalam badan aku mcm sihir lah tapi lipas tu tak nak kuar. aku menjerit  kat edward. edward lipas! lipas! then dia bg aku satu kertas mcm ayat tuk buang lipas..lepas tu lipas pon hilang. kelakor. aku tidor tak sedar tengok-tengok dh terlajak tidur bangun 730. selalu aku sedar kalo jam bunyi mungkin aku penat sgt kut. paham-paham je lah kalo penat, tidur mesti tak sedar lepastu mimpi memacam. siap berperang lagi.