Dalam hidup aku, aku memang tak boleh tertekan dan stress. Bila semua perkara kalau aku rasa terbeban aku akan tarik nafas dan tenangkan diri kalau tak tahan sangat aku nages rrr tapi kejap je pastu okay. Keadaan aku bila tertekan, aku dah tak hirau kan orang sekeliling aku, pastu aku boleh menghilang dah okay aku datang balik. HAHA. Dalam semua perkara aku ambil jalan mudah, aku set kan minda aku supaya tenang, semua akan jadi okay. cuma sabar, tarik nafas dan "go with flow".
Ada sebab kenapa aku tak suka stress. Setakat ni aku dapat lah handle stress aku, kalau orang cakap marah-marah dengan aku pun aku boleh stress. umpama macam tekanan tu hempap atas badan aku. Macam semua bende bertubi-tubi datang hinggap. lelagi kalo dalam situasi dengan kepala tengah celaru dan serabut, pikir tu pikir ni pastu orang cakap marah-marah lagi lah aku stress. Aku kalo marah tak boleh nak tunjuk sangat aku cuba tenang. Entah aku malas layan sangat perasaan marah aku yg sakit hati. Sakit hati tu memang lah ade tapi aku boleh abaikan perasaan sakit hati sekelip mata tu sbb otak aku dah set "tenang semua akan jd ok".
Lagi satu masalah, masalah mata. Aku baru jer tambah power kat cermin mata aku ni. Aku x tau apa masalah mata aku, makin lama makin x nampak. Aku memang tau kalo kepala aku sakit memang power mata aku akan naik. Aku kalo dah sakit kepala memang aku tidur. Kalau kawan-kawan ajak keluar ke, ada invitation ke, aku lebih suka duduk rumah. dan tidur. tp tu kalo sakit kepala lah. Aku x kisah kalo org kata aku anti sosial. dah memang sakit kepala. kalo aku x pakai cermin mata pun kepala aku sakit. HAHA. sebab tu cermin mata kene selalu melekat kat hidung. lenguh pun ade. Rabun aku teruk jugak. HUHU