Ok lah, aku tak tau nape sejak-sejak ni aku berubah banyak. Mula nya aku dah delete acc. twitter aku. Errmm..sebab ape? sebab aku rasa tak guna dan tak penting. Aku muka dapat rasakan Twitter ni mcm melecehkan. memanglah twiter ni mcm diari bererak nak tulis ape pun ikut sukati. Tapi aku mula sedar dan aku jenis tak suka org ambil tahu tentang hal peribadi aku. Bagi aku hal peribadi aku adalah secret aku.
Alhamdullilah dah sebulan aku meninggalkan zaman twitter yg tade faedah ni. bagi aku twitter ni buat org gaduh, buat org tak puas ati dan sebagainya. Bagi aku tu semua leceh dan manambahkan masalah dalam hidup.
Disebabkan aku rasa aku happy with own life, Aku tak kisah ape orang pandang atau orang perkatakan. Entah bg aku tu semua tak penting sebab menyerabutkan pikiran aku. Tak di nafikan memamg aku gembira dengan hidup aku dan bebas ape aku nak buat. bukan bebas negetif k. aku bukan jenis yg mcm tu. Maksud aku bebaslah nak buat ape. kah! kengkadang org fikir kite gembira bila ade someone kan? silap tu. Tah aku rasa kesilapan aku adalah share gambar dekat instagram dan facebook. mungkin dari situ mereka fikir aku gembira dengan "someone" silap tu.. aku gembira dengan diri aku sendiri. Aku tade niat nak tunjukan kegembiraan diri ini terasa riak pulak..opsss.
Sejak Umur aku makin bertambah ni, ehem! (25 tahun) banyak jugak lah perubahan drastik dari diri aku. Aku bukan jenis yg tunggu seseorang berubahakan aku baru aku berubah. Alaaa, kite kan dah besar..memasing dah besar boleh pikir mana baik dan mana buruk. Aku cuma tak boleh nak ungkapkan ape perubahan aku. sebab aku jdkan Allah King of my heart dan Family Queen of my heart Aku rasa tenang, aman dan bahagia.
Dari segi pemakaian pulak banyak jugak perubahan drastik, dari aku tidak bertudung labuh menutup dada, menjadi aku yg sekarang bertudung menutup dada. Aku tak suka tubuh badan aku menjadi percakapan lelaki atau bahan percakapan lelaki. Bile seseorang lelaki memperkatakan seseorang perempuan yg menjadi bahan percakapan mereka bagi aku tu tak sopan dan menunjukan maruah seorang perempuan tu murah.
Aku tah lah..aku tak suka lelaki memperkatakan seseorang wanita itu menjadi perbualan percakapan mereka. Bile aku dengar aku rasa sakit hati. bukan sakit hati kerana perempuan itu chantek..aku sakit hati kerana perempuan itu menjadi perbualan lelaki. Ala..tahu je lah laki kalau perbualan tu mcm mana dr hujung rambut sampai hujung kaki di buat bahan percakapan. Aku rasa tak perlu agaknya aku perkatakan disini yer..kurang sopan.
Pendiam dan menyendiri haaaaa...ni antara diri aku. kalau aku pendiam dan menyendiri itu adalah kerana aku memotivasikan diri aku. Aku banyak fikir, kengkadang aku fikir masa depan aku. kengkadang aku fikir diri aku, family aku. kengkadang aku memotivasikan diri aku. tah aku lebeh selesa mcm tu. bg aku rasa aman dan tenang bukan aku tak suka bersoial tp ade lah batas-batas. menyendiri sebenarnya nak remind my self for being better person.
antara sifat aku yg org sukar faham, Aku tak suka org tu suka aku tp aku tak suka dia. nanti aku buat lah percakapan kasar. layan mcm tak je. pastu aku cakap sampai lah dia sakit hati kengkadang aku cari point-point dia mcm bende tade masalah boleh jd masalah besar. nampak kan permainan aku disitu. Tah lah..sebab pengalaman mengajar aku dan pengalaman mematangkan aku.
Aku pernah rasa bile aku kecewa dengan dunia ni people will see my silent. Aku dah penat semua drama dekat dunia ni. tahu tak kengkadang sebab manusialah yg boleh menyebabkan manusia laen jd jahat. Sbb aku pernah rasa mcm tu. sebab ditindas dikecewakan aku tak tahu nak ungkapkan. perlu ade ketabahan lah disitu. Lama wei nak pulihkan hati. Aku dah penat sumpah aku dah penat. Aku pernat berkawan dengan org tu org ni dah kenal hati budi pastu tah putus tengah jalan. its okay mungkin Allah sedang menguji aku dan semua ni mematangkan aku.
Tapi aku tak pernah menyesal. sebab aku rasa aku ade strong heart its okay mungkin ade hikmah. just think positf saja lah. kengkadang aku sifatkan diri ku ini adalah pelik. Entah.
Okay tu je lah kut nak bercerita harini sebab aku rasa sedey. HAHAHA.
No comments:
Post a Comment