Thursday, March 26, 2015

Road trip penang

Okay rajin tetibe nak post pasal pergi penang. sebenarnya dah lama rancang nak pergi penang sebab niat nak tolong menolong atau erti kata amal jariah dekat member satu universiti dulu. Sebenarnya dah lama dah rancang dengan group gegurl ni. Aritu je macam masing-masing ade peluang dengan masa yg okay. Lagipun baru lepas gaji. Pe lagi on lewww. Haha.

Tujuan kitorang satu je buat amal jariah then serahkan dekat member kitorang. Member kitorang ni tabah orang nya. Dengan situasi ayahnya yg sakit. Apa salahnya kita buat amal jariah kan. okay berbalik cerita g penang. Kitorang g penang 2 keta. Road trip kater nye. Kitorang bertolak ari jumaat tidur dekat highway occay. Mencabar kan? Haha baru lah rasa mcm roadtrip berbackpacker. Sampai penang pagi sabtu then terus sarapan dekat jalan roti canai road transfer.

Aku rasa the best breakfast roti canai kat situ. Sedap giler hokay. Alang2 kat penang ni kitorang jenjalan sambil tu food hunter lah. Boleh lah dikatakan asyik makan je. Penang memang banyak makanan pastu banyak tempat nak dilawati.
Studiomates dan pasangan masing-masing

Ini makanan yg aku makan

Tak semua lah habes aku makan. Aku share makanan dengan org kalau aku rasa tak habes haha. Yg paling suka roti jalan transfer sedap giler. Nasi kandar tak sangat. Biasa je cuma tekak aku tak leh nak telan sbb banyak sgt. Orang laen bawak pasangan memasing senang lah nak kongsi. Aku ni makan tak habes kan dah membazir haha. 

Dekat penang ade satu war muzium. Not bad lah cuma penat lah nak naik panjat tu ini. Tapi paling scary bg aku masuk terowong yg kecik tu kekonon mcm zaman perang leww. Tapi tempat ni suka acah-acah hantu. Aku rasa tak payah nak letak hantu2 bagai kat setiap tempat. Aku xsuka. Yelah ko sedap baca ape yg dia tulis then ko toleh je nampak hantu tak ke terkejut. Tp tempat tu ade tempat main paint ball dan midnight walk.

Oh lupa nak citer kitorang tido mana. Kitorang tido kat "roomates" strategik jugak tempat dia jalan kaki g mana2 pon sampai sebab tengah bandar kan. Roomates ni hotel backpacker. Ok lah nice. Satu malam dalam RM 34 + RM 2 utk govement penang tax. Bilik dia macam dorm katil 2 tingkat. Kalo nak merasa ala2 backpack boleh je cuba try nak merasa. Okay lah. Balik jenjalan mandi terus tido tak ingat dunia. Haha. Penat ok dalam masa sehari g sana sini. 


Lobby dekat roomates siap ade maps lagi hokay so tak payah risau kalo sesat. Kat penang pon ade free shutter cume kene pandai tanya lah mana tempat yg naik bus free itueeww.
Pandangan dr atas. Toilet atas tade paip. Toilet bawah utk mandi dan ade paip. Mat salleh suka toilet atas so aku tak risau kalo aku mandi lama kat toilet bawah haha.
Feri
Kitchen zaman dulu kat war muzium
Jalan road transfer
War muzium

No comments:

Post a Comment