Aku sekarang terasa nak berenti keje lepastu nak fokus kat bisness sendiri. Aku rasa seronok je buat bisness sendiri berbanding keje makan gaji. Tapi disebabkan kekangan wang aku keje dulu bg kumpul modal, aku tak suka buatpinjaman keewangan dan belajar sikit selok belok pekerjaan aku. sebab ley buat freelance nnt. byk lagi pengalaman aku nak kene kumpul dan tempuh.
Dalam setiap pengalaman dan dugaan yang aku tempuhsemua ade pahit dan manisnya. Tapi memang penat lah buat 2 keje kengkadang. sampai sabtu dan ahad aku tademasa rehat. siyes penat. dan sepenat-penat aku tu aku rasa enjoy dan puas dengan ape yg aku lakukan.
Aku belajar berdikari, aku belajar mencari duit dan setiap untung yg aku dapat aku belanja family aku, pastu aku kumpul sikit bebarang untuk aku buat service backdrop untuk photobooth. Lagipon aku sedar kalau nak beli 1 set sekaligus aku bukannya banyak modal so setiap untung yg aku dapat dengan menjual prop dan buat welcoming board boleh lah beli sikit-sikit barang utk backdrop.
Tapi cecite aku nak jadi surirumah professional. aku nak keje dlm rumah sambil tu leh jaga anak. Hahahahaha. Aku nak dalam rumah aku ade satu bilik khas utk aku buat keje aku, sambil keje leh tetengok anak, sambil tu leh memasak. Wow! leh jd superwomen. Tu cecite aku lah. Tapi tak tahu lah boleh terlaksana ke tak sebab sekarang kan kos hidup makin tinggi dan membuatkan ramai yg perlu bekerja lelagi wanita.
Aku pikir sampai kesitu k. hahaha. Cube bayangkan kite ni bekerja lepastu balik rumah kene mengemas, memasak, tengok anak buat keje sekolah. ermm penat weh, aku yg bujang balik keje rehat kejap lepastu tidur sbb penat. Tak leh nak bayangkan tengok wanita yg bekerja sambil menguruskan rumah tangga. Power weh! dorang kuat! mungkin sebab tu kot jodoh aku lambat datang lagi sbb mungkin aku belum bersedia ke arah tu. Doakan aku!
No comments:
Post a Comment