wakeup fareha!
mcm mana kau boleh tumbang?
tu semua kisah silam kau
kau jd mcm ni bermula org mengibas balik kenangan kau
dulu aku tengok kau ok jer
happy
aku tengok kau skrg dah dengar lagu-lagu rancak
tak mcm dulu lagu yg membosan kan
mcm mana kau boleh tumbang ni fareha?
halus sgt hati kau ni.
kau kene kuat fareha
semua ni yg mematang kan kau
kau tengok je lah banyak perubahan drastik dlm diri kau
ye, aku sendiri mengaku
terlalu banyak.
aku nak lihat kau gembira seperti dulu kala
seperti tiada masalah
tiada frustrated
tiada musuh
tapi aku lihat senyuman kau
ade kesedihan disebalik senyuman dan gelak ketawa kau
aku kenal kau fareha
kau seboleh-boleh nak selindung
kau tak suka berkongsi masalah dengan sesiapa
kau suka pendam dalam hati
sampai aku tengok kesian sgt kau
kau tak percaya kan org 100%
sebab ape?
sebab dulu kau terlalu percayakan orang
sampai satu saat org tu mematahkan kepercayaan
antara kau dan dia
sebab kau dan dia teman rapat
di situ aku lihat kau berubah sangat
sangat!
tapi bile kau tak kuat kau menagis
kau menagis dlm diam
bile kau tak dapat kawal kesedihan kau
aku boleh nampak air mata kau
sebab kau pura-pura tidur
jd bila kau bangun mata kau merah
org ingat kau tido
bile aku perhatikan kau
jika seseorang istimewa bg kau
beri semangat untuk kau
aku lihat,
kau bersemangat
pointer kau semua ok
3.0 keatas
bile kau frust
pointer kau menurun mendadak
kau sedeh
kau sedeh kenapa diri kau mcm ni
sampai satu tahap aku lihat kau bangun balik
kau kuat tapi kau cepat lemah
aku lihat kau kejar cita-cita kau
nak grad on time
kau jenis tak peduli ape org perkatakan tentang kau
kau tak peduli jika seseorang cemburu kan kau
sbb bagi kau, kau tade masalah langsung dengan mereka
kau tak kisah org cakap buruk tentang kau
yg penting jgn fitnah
kau paling tak suka bile org fitnah
kau marah sangat
kalau boleh kau nak berdepan dengan org yg fitnah
tp kau ambil jalan mudah kau diam kan je.
sedar atau tak kau bediri sendiri
kau kuat harungi dugaan
bile kau sedeh
kau suka bersujud di sujud yang terakhir
sebab?
sebab kau suka mengadu nasib dengan Allah
kau kelihatan tenang
sebab Allah sentiasa ada dengan kau
kau redha dengan semua
dan hidup mesti diteruskan
walaupon banyak liku-liku kehidupan
bile kau kecewa dengan dunia
kau mula cakap dunia ni kejam
kau akan cakap dunia ni tak adil
dan dari situ kau menyendirikan diri
kau motivasikan diri kau dengan menyendiri
bagi kau, kau dapat lihat
apa yg perlu kau improve diri kau
ape kelebihan dan kekurangan kau
bile kau sedeh dengan dunia
kau tak akan aktif dengan media sosial
kau mengambil keputusan berblog
sebab disitu kau boleh meluahkan ape yg terbuku dihati kau
kau padam acc twitter
sebabkau tak suka org mencerobohi privasi kau
jaga tepi kain kau
kau tak suka
kau padam semua gambar di instagram
sebab?
kau frust dengan dunia
sebab gambar mencerita kan semua nya
tapi kau tade sedikit pon nak tunjuk kebahagiaan kau
kau anggap tak nak riak dikhalayak umum
jadi aku hormati keputusan kau
kau tahu macam mana aku tahu kau?
aku?
ya kau?
sebab kau adalah aku, dan aku adalah kau
kite adalah satu
iaitu
fareha.
No comments:
Post a Comment